Saturday 29 October 2011

The special post dedicated to my beloved Juniors=) go Shinrui Enja!!

Assalamualaikum sume.....

Seperti sedia maklum yang adik2 ni akan ambik exam SPM 2011...yeay..bermakna anda berjaya menyahut cabaran ke 3 dalam hidup selepas UPSR dan PMR....

Dengar sini nak cakap skit..(amboih).....
Firstly...korang taw x ape tu semangat, (manggakk=orang tganu kabo)..Semangat tu ialah satu emosi atau cetusan dalam diri anda untuk terus berjuang untuk mendapatkan sesuatu..haaa satu menda bgs yang patot ad dalam diri anda buat mase ni...mangat tu penting...jgn down sbb result kiter yang lepas..'tomorrow never die man'...


Dengan semangat,kita boleh study sampai tak tidur.

Dengan semangat,kita leh buat kerja lebih-lebih sebab awek lalu kat tepi.

Dengan semangat kita rasa bertenaga.

Dengan Semangat,kita boleh dapat STRAIGHT A+!!

Ok,tapi kadang-kadang…Zupp…semangaat tu hilang macam tu jer. Betui dak?

go..go..go..




Harumkan nama kite..harumkan nama mak bapak..dan harumkan nama maktab...korang boleh buat..xda yang mustahil...aku percaya sangat...

Aku dan senior yang lain amat berharap korang dapat buktikan sesuatu di maktab kita yang tercinta...Kami hanya mampu berdoa dan terus menyokong para junior dari belakang,dari tepi,dari atas......

Kata-kata semangat dari beberapa kawan aku yang cemerlang=)


Aku la..Fakhrul (Straight 9A's)


Norshafiqah (Straight 9A's)



Faris (Straight 11A's)




Syarafina (Straight 9A's)

Hilmi (Straight 11 A's)

Zuriati (Straight 9A's)

Yang ni je beberapa orang yang sempat aku kutip kata-kata semangat dari kawan-kawan Maserati Phantom......Diharap adik2 lebih bersemangat....kalau dyorunk boleh..korunk mesti boleh......Doa kami sentiasa mengiringi kalian semua....Best of Luck=)..

Straight A's in your hand!!!

Friday 28 October 2011

The Ultimate Bujang's Meal By Orang Bujang

Bujang...bujang...bujang...
Satu fenomena yang pasti berlaku kepada diri kita sendiri yang bergelar manusia sahaja...
Oke..apa sebenarnya maksud bujang ni...

1. Bujang bermaksud orang yang kawen lagi

2.Bujang dari segi utaranya (kedah,perlis) bermaksud budak lelaki yang da besar panjang dang dah boleh menikah..

3.Bujang juga salah satu nama pendek bagi Buaya yang besar kat Sarawak..(Bujang Senang)..

Da faham sekarang....oke..sebagai manusia bujang..pasti terdapat satu masalah yang melanda diri masing2..iaitu..memasak..hahaha..Tapi sekarang wahai bujang2 sekalian jangan takot sangat dan jangan terlalu bergantung dengan makcik Indon yang memikat kita dengan "Dik...dik..makan dik..ayam panas2 lagi dik"...kita perlu bangkit(hahaha)....Kita juga perlu buktikan bahawa everyone can cook include the bujangers..



Terdapat satu resipi yang memang diassociated untuk orang bujang sahaja iaitu nasi bujang...terfikir x kenapa nasi bujang ni wujud..sebab terlalu mudah nak wat sampaikan orang bujang yang malas pun leh wat...heehhee

Camne nak masak...kalu kat rumah gune stove kan..tapi kalau orang bujang nyer pasal boley gune 'rice cooker'....buang perkataan 'rice' jadilah 'cooker' je..so leh masak sume menda(ngarot)

Resipi 1...Nasi Bujang Ordinary(yang biasa je)..


Yang ni cuma masak nasi cam bese....pastu alihkan nasi ke bekas laen...basuh balik periuk nasi tu...make sure lap air kat bottom periuk tu..(tok keselamatan)..then tekan suis..panaskan periuk..letak minyak ckit n goreng....tada...da ciap..mudoh je kan..

Resipi 2...Nasi Bujang Extraordinary(yang ni hebat ckit)


Telur dadr tu xbrape nak jadi..hehe

Bahan-bahannye




Yang hebat cikit sebab die ad sardin..slrppp...bes gak layan...Cara dye sama je repeat semua step diatas..Then letak minyak cikit je dalam periuk...bukak tin sardin tu letak dalam mangkuk...buang tulang2 dye gune sudu...campurkan sikit air sebab kuah dye pekat..bile minyak da panas..tuang sardin kedalam periuk...masaklah selama 5 min tok bagi isi sardin tu lembut dan panas...sedaaappp...

Sekarang da terbukti yang orang bujang leh masak....btol x....

Oke..kalu lapar tgah2 malam...macam aku ngan dollah semalam...korang leh wat roti telur bujang...mesti ada bujang sebab masak stail bujang....

Resipi 3...Roti Telur Bujang

Goreng secukup rasa??

Sedap...

Nak buat pun senang...celup roti tu dalam telur yang dibancuh...panaskan minyak dalam periuk dan goreng...enak dinikmati bersama air bujang....

Semua orang bujang leh cuba resipi bujang ni.....kalu ada resipi bru aku akan try dlu and bagitaw oke...Selamat mencuba =)

Tuesday 25 October 2011

Hangat..warga asing mengamuk di kedai photostat

Kemasukan warga asing ke Malaysia kian berleluasa dalam pelbagai bidang iaitu bidang swasta,pembinaan dan juga pembelajaran. Kemasukan warga asing turut memberikan reaksi pelbagau daripada orang awam. Berbalik kepada tajuk diatas, pada 24 Oktober 2011, jam 7 .30 malam di seksyen 2, ada seorang lelaki warga Afrika mengamuk(x la baling2 barang) dan memarahi tokey kedai tersebut. Punca nya ialah tentang harga dimana Mr.A ini ingat satu muka photostate RM0.02..tapi bile kire2 balik tokey tu cakap satu helai RM0.03...Sekian..(fuhhh..penat cover ayat skema)

Oke..sebenarnya xda pun berita kat sini secara rasmi, tapi yang benarnya ialah seorang warga Afrika memarahi tokey kedai itu(dok 2 batu un leh dga suare dye)..Kebetulan aku nak gi seksyen 2 naik Rapid KL T602 ke seksyen 2 dari seksyen 6 sebab nak print lab report biology. Mule2 Mr.A duduk diam je..bile aku masok n nak print, dye tetibe emo pastu marah2..(cuak gak)




Fuhh nasib korang baik sebab aku dapat ingat dialog Mr.A dengan tokey kedai tu..
Mr. A        : Why u people doing like this, tell me correctly about the price?

Tokei        : It had stated it RM0.03..so u must pay it as i had photostate all this stuff..

Mr. A       : U know that, i am a student here and please dont cheat me..

Tokei       : So, what about this (menunjuk kearah buku fotostat)

Mr. A       : I dont want to pay!! understand!! Pastu dye kol kawan dye and cakap Afrika..
                 (aku xpham, so xda translation)



Credit to emanuel and syazani..tukang kaver amek gambar

Dah la dyorunk memekak kat blakang aku...Bila da siap print2 sume tetibe je Mr.A pergi kat aku pastu cakap

Mr. A : You know that the Muslim will not cheat the other Muslims..That why i am so angry!!
           (tetibe cakap kat aku)

Aku   : Yeah, its true...but i want u to know something..

Mr. A: What it is?

Aku  : Muslims also always show respects to each other, every problem that u faced, InshaAllah there is a way to solve. Not like mad man yelling around..Mister, we got manner...(hahaha..amek kau)

Mr. A: Dye senyap pastu blah kat situ....


Pengajaran disini..seperti sedia maklum bahawa Mr. A diatas ialah pelajar warga Afrika yang menuntut di Malaysia..Apa salahnya kita berbuat baik kepada orang..Jangan terlalu ikutkan kemarahan..syaitan sentiasa mahu melagakan anak-anak Adam as...Kita sebagai mUslim haruslah bersabar atas apa jua rintangan kerana ada hikmahnya..Dan kita sebagai pelajar yang ada yang akan fly ke luar negara dan dalam negara..jadikan sebagai iktibar kepada kita..Semoga apa yang dilakukan diberkati Allah...

Eratkanlah Silaturrahim Sesama Muslim =)

Sunday 23 October 2011

Cinta??? aku pun xpham

Hehe...what is love actually?.....
Mesti korang da taw yang ape sebenarnya misteri disebalik cinta ni...masing-masing ada pendapat tersendiri..Aku pun ada pendapat jugak(sibuk je)..tapi aku nak cite sikit apa itu cinta mengikut pelbagai aspek..



1. Sains kate yang cinta ni ialah satu rembesan hormone oxytocine dan vasopressin. Hormon2 tersebut akan bagi kite satu perasaan yang selesa yang xdapat digambar kan dengan kata-kata(chewah)..Sebab tulah orang yang dilamun cinta ni selalu cakap "xpenah rase camni.....rasa bahagia laa"(geli dowh)..aku pun xpham..

2. Einstein yang faymes tu plak cakap Cinta=Energy...giler hape..mentang2 la die cipta E=mc2 yang hebat tu (emo plak)..Ok ok sebenarnya Einstein cakap cinta tu energy sebab dye cakap "God is the purest love and God is the greatest energy that exist" haaaa pecaye x..aku setuju yang cinta ni energy..no wonder la lautan api sanggup ku renangi..u jump i jump..ak pun xpham

3. Dari sudut falsafah plak..cinta ditafsirkan sebagai satu konsep yang universal yang berkaitan pertalian antara manusia, yang ditakrifkan dalam cara yang berbeza dengan ideologi berbeza dan sudut pandangan samada dari sains, falsafah, agama, seni (amek kau). Biasanya ditafsirkan sebagai perasaan, yang berkaitan dengan kasih sayang dan jiwa, dan hasil daripada pelbagai emosi,pengalaman dan sikap. Dasat kan..aku petik falsafah ni dari sebuah laman web...well cinta tu kan abstrak..cinta itu subjektif..semua takrifan mengenai cinta semuanya tepat dan xpernah salah(amboi)...ak pun xpaham..



oke..tetapi kita harus ingat sebenarnya yang cinta ni kan luas...jangan hanya cinta kan awek@gilpren je...cintakan kawan, cintakan ilmu dan yang paling penting cintakan Allah..kita harus sedar yang Allah kurniakan cinta ni untuk beribadah kepadaNya (mod insaf)..jangan kita mengabaikan tanggungjawab..memang betul yang Allah bagi cinta untuk hambanya berkasih-kasihan antara satu sama lain..tapi dengan cara yang betul...iaitu Nikah....connecting people


Dan cinta antara dua insan haruslah berbalik semula kepada Allah..cintakan pasangannya kerana Allah..jangan kerana nafsu,kecantikan,harta dan facebook(opss)..Aku tertarik dengan satu hadith ni


“Ya Tuhanku, aku mohon supaya aku cinta kepadaMu dan cinta kepada orang yang mencintaiMu, termasuk orang yang sayang kepada semua amalan yang boleh membawa kepada sayang kepadaMu.”
(Hadith Riwayat Tirmidzi)
Sweet kan..itulah tujuan cinta kepada Allah..dan cinta kepada para Rasul dan sesama manusia...Islam ialah satu cara hidup dimana semua asek kehidupan kita ada dititik beratkan dalam Islam(kelas CTIS..huhu)..Islam tidak melarang kita untuk berkasih sayang kerana cinta ialah perasaan yang otomatik wujud, dan cinta yang utama mestilah kepada Allah kerana cinta itu akan tumbuh dengan mekarnya dengan sendiri asalkan pasangan tersebut mencintai kerana Allah..perhubungan kerana Allah....
Sekarang ni aku da pham...memang cinta itu indah..sangat indah..(ngaku2) tapi sangat takot kalau xdapat kawal..harap2 kita dijauhkan nye....  Ya Allah..satukan lah hati2 kami untuk berkongsi cinta keranaMu...Amin,,,,<3 NSA

Saturday 22 October 2011

Apesal Nak Kicap!!!!

Emmm...mesti korunk tertanya kan (perasan..) kenapa nama blog aku ni Nak Kicap..heheoke ni reason-reason nyer..

First..aku mmg suke makan telur ngan kicap(tetibe)

Sedaaaap..hehe

Second..agak memalukan laa..kisahnya berlaku di seksyen 2, Shah Alam...


Mase tu aku and kawan2 (Umar,Hariz and Muiz) pergi dinner kat situ..aku orderlah kuey tiaow lakna@ladna..tapi xbrape masin...Tanpa membuang masa, aku panggil makcik tu..

"mak cik come here(chewah)!!"

"nak ape dik, nak nasi tambah ke?" (xnampak ke aku tgah makan kuey tiow)

"makcik, saya xnak nasik..saya Nak Kicap!!!"

Pastu tetibe member aku Umar gelak...cakap aku manje2 ngan makcik tu..what a codon!!
Dari situlah aku dapat idea nak wat nama ni pasal diorang ejek aku 'nak kicap' tu..

Friday 21 October 2011

Tribute to my mom....

Satu ceritera tentang ibuku...

Di suatu pagi yang hening… “waaa…waaaaa”  bergema tangisan anak kecil di sebuah rumah usang yang terletak di sebuah kampung nelayan. Di azankan dan diiqamahkan oleh bapanya Seron Bin Matali dengan penuh sayu, penuh rasa bersyukur kepada Allah Tuhan Sekalian Alam yang menganugerahkan harta yang amat kepada mereka. Berlinangan air mata Kemiti Binti Dol melihat kelahiran puteri ketiga mereka yang dinamakan Noreiza Binti Seron, seorang insan tidak lain tidak bukan ialah ibuku yang dikasihi. 






Ibu, ibu...engkaulah ratu hatiku, bila ku berduka engkau hiburkan ku selalu.. ibu..ibu..engkaulah ratu hatiku..

Allahuakbar, betapa besarnya pengorbanan ibu kepada anak-anaknya selama ini sejak dalam kandungan hinggalah anak-anak itu membesar dan mempunyai kehidupan sendiri. Ibu, sukar bagiku meluahkan perasaan dan kasih sayangku sebagai seorang anak kepada ibu selama ini.  Tanpa ibu, aku sedar, siapalah aku. Aku cuma seorang hamba yang lemah dan tidak memiliki apa-apapun di dunia ini. Ibuku hanya satu, tiada dua tiada yang lain. Dia yang mengandungkanku, melahirkanku serta membesarkanku tanpa merasa jemu walau sekelumit pun. Aku masih ingat satu peristiwa yang amat bersejarah yang berlaku dalam hidup ibuku. Jam ketika itu menunjukkan pukul 6.30 petang tanggal 10 Ogos 1993. Sedang ibu sarat mengandungku selama 9 bulan 10 hari, tiba-tiba beliau terjatuh dan tidak disangka air ketubannya pecah ketika itu. Ibu hanya mampu menangis menahan kesakitan dan juga kerisauan yang berlaku padaku di dalam rahimnya. Syukurlah, bapaku sempat pulang ke rumah apabila menerima panggilan dari jiranku. Bapa memecut kereta Proton Saga berwarna biru tua ke Hospital Umum Kuching kerana sedih dan risau apa yang terjadi kepada aku dan ibuku.Tepat jam 6.50 petang tangisanku bergema di seluruh penjuru wad obsetrik hospital. Aku dapat melihat titisan jernih menuruni pipi ibuku dan jatuh ke tubuhku yang kecil dan mulus. Walaupun terlalu kecil bagiku untuk mengerti, tetapi aku begitu pasti dialah idolaku, dialah nikmat Tuhan bagiku, dialah pelindungku ketika di dalam kandungan, dialah segala-galanya bagiku.

Air matamu sangat berharga
  
Ketika aku demam panas, ibu sanggup meredah kesunyian dan kegelapan pada waktu malamnya dan sanggup mengambil cuti pada siangnya untuk memastikan sakit anak mereka dirawat di klinik, hospital atau di rumah. Yang penting bagi ibu, aku selamat dan sihat seperti anak-anak atau kanak-kanak yang lain. Jiwa ibu menjadi tidak tenteram dan risau dengan keadaan aku yang sakit terpancar jelas di matanya. Waktu dahulu, aku amat terkenal dalam kalangan adik-beradikku yang lain dengan kenakalanku sehingga membuat ibuku marah padaku. Pada suatu ketika aku bermain di dalam surau dan membuat bising dan kacau Jemaah lain yang sedang solat. Ibuku turut solat berjemaah di surau itu menyedari aku telah membuat kekacauan pada masa itu. Ketika pulang ke rumah, ibuku terus masuk dalam bilik dan keluar dengan membawa sebatang rotan. Ibu memukulku sehingga aku menangis tidak terhenti. Aku menahan kesakitan itu kerana terdapat banyak calar merah akibat pukulan ibu. Akan tetapi, ketika tidur dalam kesakitan, aku terjaga bahawa ibuku sedang meyapu ubat di tempat yang calar sambil menitiskan air mata..”abang, mak tak bermaksud nak rotan abang tetapi ini untuk abang jugak”..rintih ibu ketika merawatku. Di dalam hati kecilku berbisik bahawa ibuku amat menyayangi aku dan tidak mahu aku melakukan perkara yang sebegitu demi mengajarku kebaikan.
Aku menyanjung ibuku kerana sikapnya yang penyayang. Tahun ini sudah lapan belas tahun aku hidup bersamanya. Aku sudah cukup masak dengan perangainya. Kasih sayangnya tiada tolok bandingnya. Betulah apa yang dikata iaitu kasih ibu dibawa ke syurga serta kasih dan sayangnya kepadaku ketika aku bayi, menginjak ke alam kanak-kanak, seterusnya alam remaja, sedikit pun tiada berkurangan malah semakin bertambah. Ketika aku bayi, ibuku begitu asyik melayan keletahku. Apabila aku di alam kanak-kanak, aku dibelikan permainan seperti robot untuk menggembirakan hatiku. Setelah aku masuk ke alam remaja, aku selalu dinasihati supaya aku lebih bersemangat dan bermotivasi serta belajar bersungguh-sungguh demi menggapai cita-cita yang diidamkan. Hubungan antara kami berdua bukan setakat hubungan anak-beranak malah sudah menjadi seperti kawan. Segala masalahku, baik atau buruk aku ceritakan kepadanya dan ibu mendengarnya dengan sabar dan memberi perhatian. Sifatnya yang penyayang amat terserlah ketika dia menasihatiku kiranya ada perbuatanku yang kurang menyenangkan baginya. Dia akan menasihatiku dengan penuh hemah dan penuh kelembutan sambil membelai rambutku dengan penuh kasih sayang. Aku begitu senang dengan caranya melayanku, membelaiku, mendidikku dan menyayangiku. Pada suatu saat, ibuku bertanya “nanti abang nak jadi apa?” dan aku memberitahunya ingin menjadi seorang doktor. Lalu beliau berkata “nanti mak sakit, mak tak sihat, mak kene ape ke, abang jaga mak ye”…..terus air mataku mencurah ketika itu dan aku memeluk ibuku dengan erat apabila teringat jasa dan pengorbanannya mendidik aku sehingga sekarang. Mak..abang janji abang akan jage mak..
Sehingga kini, waktu aku menaip tinta ini, aku sentiasa teringat akan ibuku yang berada jauh di utara tanah air. Rasa rinduku tidak pernah hilang walau sedikit pun terhadap insan yang aku sayang. Pengorbanan ibu cukup besar bagiku kerana ibuku hanyalah satu, tiada pengganti bagiku hingga ke akhir hayatku. Ibu sanggup mengorbankan jiwa dan raganya untuk memastikan semua anak-anaknya sihat dan membesar dengan kasih sayang yang amat bernilai seperti orang lain. Pada ketika ini, air mata jantanku turut berlinang kerana terlalu rindukan ibuku disamping bait-bait lagu yang amat menyentuh perasaan ku sebagai seorang anak.


Ibu, bergenang air mataku
Terbayang, wajahmu yang redup sayu
Kudusnya, kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian…

Akhir kata, mak..abang sayang mak selamanya...terima kasih mak...sekian.

Untuk  Puan Noreiza Binti Seron.................

The first attempt begins.....

Alhamdulillah..akhirnya berjaya jugak aku create blog ni(xsusah pong..)..Sebeno-benonye memang lame da nak wat blog tapi xkesampaian,,hehehe




Harap-harap aku akan trus blog..hehe