Sunday 23 October 2011

Cinta??? aku pun xpham

Hehe...what is love actually?.....
Mesti korang da taw yang ape sebenarnya misteri disebalik cinta ni...masing-masing ada pendapat tersendiri..Aku pun ada pendapat jugak(sibuk je)..tapi aku nak cite sikit apa itu cinta mengikut pelbagai aspek..



1. Sains kate yang cinta ni ialah satu rembesan hormone oxytocine dan vasopressin. Hormon2 tersebut akan bagi kite satu perasaan yang selesa yang xdapat digambar kan dengan kata-kata(chewah)..Sebab tulah orang yang dilamun cinta ni selalu cakap "xpenah rase camni.....rasa bahagia laa"(geli dowh)..aku pun xpham..

2. Einstein yang faymes tu plak cakap Cinta=Energy...giler hape..mentang2 la die cipta E=mc2 yang hebat tu (emo plak)..Ok ok sebenarnya Einstein cakap cinta tu energy sebab dye cakap "God is the purest love and God is the greatest energy that exist" haaaa pecaye x..aku setuju yang cinta ni energy..no wonder la lautan api sanggup ku renangi..u jump i jump..ak pun xpham

3. Dari sudut falsafah plak..cinta ditafsirkan sebagai satu konsep yang universal yang berkaitan pertalian antara manusia, yang ditakrifkan dalam cara yang berbeza dengan ideologi berbeza dan sudut pandangan samada dari sains, falsafah, agama, seni (amek kau). Biasanya ditafsirkan sebagai perasaan, yang berkaitan dengan kasih sayang dan jiwa, dan hasil daripada pelbagai emosi,pengalaman dan sikap. Dasat kan..aku petik falsafah ni dari sebuah laman web...well cinta tu kan abstrak..cinta itu subjektif..semua takrifan mengenai cinta semuanya tepat dan xpernah salah(amboi)...ak pun xpaham..



oke..tetapi kita harus ingat sebenarnya yang cinta ni kan luas...jangan hanya cinta kan awek@gilpren je...cintakan kawan, cintakan ilmu dan yang paling penting cintakan Allah..kita harus sedar yang Allah kurniakan cinta ni untuk beribadah kepadaNya (mod insaf)..jangan kita mengabaikan tanggungjawab..memang betul yang Allah bagi cinta untuk hambanya berkasih-kasihan antara satu sama lain..tapi dengan cara yang betul...iaitu Nikah....connecting people


Dan cinta antara dua insan haruslah berbalik semula kepada Allah..cintakan pasangannya kerana Allah..jangan kerana nafsu,kecantikan,harta dan facebook(opss)..Aku tertarik dengan satu hadith ni


“Ya Tuhanku, aku mohon supaya aku cinta kepadaMu dan cinta kepada orang yang mencintaiMu, termasuk orang yang sayang kepada semua amalan yang boleh membawa kepada sayang kepadaMu.”
(Hadith Riwayat Tirmidzi)
Sweet kan..itulah tujuan cinta kepada Allah..dan cinta kepada para Rasul dan sesama manusia...Islam ialah satu cara hidup dimana semua asek kehidupan kita ada dititik beratkan dalam Islam(kelas CTIS..huhu)..Islam tidak melarang kita untuk berkasih sayang kerana cinta ialah perasaan yang otomatik wujud, dan cinta yang utama mestilah kepada Allah kerana cinta itu akan tumbuh dengan mekarnya dengan sendiri asalkan pasangan tersebut mencintai kerana Allah..perhubungan kerana Allah....
Sekarang ni aku da pham...memang cinta itu indah..sangat indah..(ngaku2) tapi sangat takot kalau xdapat kawal..harap2 kita dijauhkan nye....  Ya Allah..satukan lah hati2 kami untuk berkongsi cinta keranaMu...Amin,,,,<3 NSA

3 comments: