Friday 21 October 2011

Tribute to my mom....

Satu ceritera tentang ibuku...

Di suatu pagi yang hening… “waaa…waaaaa”  bergema tangisan anak kecil di sebuah rumah usang yang terletak di sebuah kampung nelayan. Di azankan dan diiqamahkan oleh bapanya Seron Bin Matali dengan penuh sayu, penuh rasa bersyukur kepada Allah Tuhan Sekalian Alam yang menganugerahkan harta yang amat kepada mereka. Berlinangan air mata Kemiti Binti Dol melihat kelahiran puteri ketiga mereka yang dinamakan Noreiza Binti Seron, seorang insan tidak lain tidak bukan ialah ibuku yang dikasihi. 






Ibu, ibu...engkaulah ratu hatiku, bila ku berduka engkau hiburkan ku selalu.. ibu..ibu..engkaulah ratu hatiku..

Allahuakbar, betapa besarnya pengorbanan ibu kepada anak-anaknya selama ini sejak dalam kandungan hinggalah anak-anak itu membesar dan mempunyai kehidupan sendiri. Ibu, sukar bagiku meluahkan perasaan dan kasih sayangku sebagai seorang anak kepada ibu selama ini.  Tanpa ibu, aku sedar, siapalah aku. Aku cuma seorang hamba yang lemah dan tidak memiliki apa-apapun di dunia ini. Ibuku hanya satu, tiada dua tiada yang lain. Dia yang mengandungkanku, melahirkanku serta membesarkanku tanpa merasa jemu walau sekelumit pun. Aku masih ingat satu peristiwa yang amat bersejarah yang berlaku dalam hidup ibuku. Jam ketika itu menunjukkan pukul 6.30 petang tanggal 10 Ogos 1993. Sedang ibu sarat mengandungku selama 9 bulan 10 hari, tiba-tiba beliau terjatuh dan tidak disangka air ketubannya pecah ketika itu. Ibu hanya mampu menangis menahan kesakitan dan juga kerisauan yang berlaku padaku di dalam rahimnya. Syukurlah, bapaku sempat pulang ke rumah apabila menerima panggilan dari jiranku. Bapa memecut kereta Proton Saga berwarna biru tua ke Hospital Umum Kuching kerana sedih dan risau apa yang terjadi kepada aku dan ibuku.Tepat jam 6.50 petang tangisanku bergema di seluruh penjuru wad obsetrik hospital. Aku dapat melihat titisan jernih menuruni pipi ibuku dan jatuh ke tubuhku yang kecil dan mulus. Walaupun terlalu kecil bagiku untuk mengerti, tetapi aku begitu pasti dialah idolaku, dialah nikmat Tuhan bagiku, dialah pelindungku ketika di dalam kandungan, dialah segala-galanya bagiku.

Air matamu sangat berharga
  
Ketika aku demam panas, ibu sanggup meredah kesunyian dan kegelapan pada waktu malamnya dan sanggup mengambil cuti pada siangnya untuk memastikan sakit anak mereka dirawat di klinik, hospital atau di rumah. Yang penting bagi ibu, aku selamat dan sihat seperti anak-anak atau kanak-kanak yang lain. Jiwa ibu menjadi tidak tenteram dan risau dengan keadaan aku yang sakit terpancar jelas di matanya. Waktu dahulu, aku amat terkenal dalam kalangan adik-beradikku yang lain dengan kenakalanku sehingga membuat ibuku marah padaku. Pada suatu ketika aku bermain di dalam surau dan membuat bising dan kacau Jemaah lain yang sedang solat. Ibuku turut solat berjemaah di surau itu menyedari aku telah membuat kekacauan pada masa itu. Ketika pulang ke rumah, ibuku terus masuk dalam bilik dan keluar dengan membawa sebatang rotan. Ibu memukulku sehingga aku menangis tidak terhenti. Aku menahan kesakitan itu kerana terdapat banyak calar merah akibat pukulan ibu. Akan tetapi, ketika tidur dalam kesakitan, aku terjaga bahawa ibuku sedang meyapu ubat di tempat yang calar sambil menitiskan air mata..”abang, mak tak bermaksud nak rotan abang tetapi ini untuk abang jugak”..rintih ibu ketika merawatku. Di dalam hati kecilku berbisik bahawa ibuku amat menyayangi aku dan tidak mahu aku melakukan perkara yang sebegitu demi mengajarku kebaikan.
Aku menyanjung ibuku kerana sikapnya yang penyayang. Tahun ini sudah lapan belas tahun aku hidup bersamanya. Aku sudah cukup masak dengan perangainya. Kasih sayangnya tiada tolok bandingnya. Betulah apa yang dikata iaitu kasih ibu dibawa ke syurga serta kasih dan sayangnya kepadaku ketika aku bayi, menginjak ke alam kanak-kanak, seterusnya alam remaja, sedikit pun tiada berkurangan malah semakin bertambah. Ketika aku bayi, ibuku begitu asyik melayan keletahku. Apabila aku di alam kanak-kanak, aku dibelikan permainan seperti robot untuk menggembirakan hatiku. Setelah aku masuk ke alam remaja, aku selalu dinasihati supaya aku lebih bersemangat dan bermotivasi serta belajar bersungguh-sungguh demi menggapai cita-cita yang diidamkan. Hubungan antara kami berdua bukan setakat hubungan anak-beranak malah sudah menjadi seperti kawan. Segala masalahku, baik atau buruk aku ceritakan kepadanya dan ibu mendengarnya dengan sabar dan memberi perhatian. Sifatnya yang penyayang amat terserlah ketika dia menasihatiku kiranya ada perbuatanku yang kurang menyenangkan baginya. Dia akan menasihatiku dengan penuh hemah dan penuh kelembutan sambil membelai rambutku dengan penuh kasih sayang. Aku begitu senang dengan caranya melayanku, membelaiku, mendidikku dan menyayangiku. Pada suatu saat, ibuku bertanya “nanti abang nak jadi apa?” dan aku memberitahunya ingin menjadi seorang doktor. Lalu beliau berkata “nanti mak sakit, mak tak sihat, mak kene ape ke, abang jaga mak ye”…..terus air mataku mencurah ketika itu dan aku memeluk ibuku dengan erat apabila teringat jasa dan pengorbanannya mendidik aku sehingga sekarang. Mak..abang janji abang akan jage mak..
Sehingga kini, waktu aku menaip tinta ini, aku sentiasa teringat akan ibuku yang berada jauh di utara tanah air. Rasa rinduku tidak pernah hilang walau sedikit pun terhadap insan yang aku sayang. Pengorbanan ibu cukup besar bagiku kerana ibuku hanyalah satu, tiada pengganti bagiku hingga ke akhir hayatku. Ibu sanggup mengorbankan jiwa dan raganya untuk memastikan semua anak-anaknya sihat dan membesar dengan kasih sayang yang amat bernilai seperti orang lain. Pada ketika ini, air mata jantanku turut berlinang kerana terlalu rindukan ibuku disamping bait-bait lagu yang amat menyentuh perasaan ku sebagai seorang anak.


Ibu, bergenang air mataku
Terbayang, wajahmu yang redup sayu
Kudusnya, kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian…

Akhir kata, mak..abang sayang mak selamanya...terima kasih mak...sekian.

Untuk  Puan Noreiza Binti Seron.................

6 comments:

  1. weh, ko tengok mak kau nangis ke masa baru lahir . boleh ingat rupanya .

    ReplyDelete
  2. wehhhhhhh...........

    aku rindu umi aku.................
    serious niiiiiiiiiiiiiiiiiii....:'(

    ReplyDelete
  3. so sweet.. klu mak kau bc, mesti dia bangga.. keep it up fakhrul!!

    ReplyDelete
  4. adkah ini essei ko pln? hehe

    anyway tersentuh ( eceh )

    klu mat nor baca nih mesti dia kmbali brperasaan. hehe

    ReplyDelete